31 Mar
31Mar

BANGI, Rabu – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak yang berwajib agar segera menyiasat tindakan ceti haram atau lebih dikenali sebagai `along’ yang bertindak menghina agama islam.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, memohon Kemeneterian Dalam Negeri (KDN) serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menyegerakan dan membuat siasatan itu dengan secara serius.

“Saya tidak lihat ada keperluan untuk menghina agama Islam.

“Kata-kata yang digunakan itu sehingga saya sendiri tidak sanggup untuk membacanya. Kita tidak boleh berdiam diri apabila dimaki dan dicerca.“Perkara ini boleh menjadi ancaman kepada keharmonian negara kerana mereka memaki orang Melayu dan juga orang Islam,” katanya.

Turut hadir bersama, Pengarah Penyelidikan Latihan PPIM, Izham Nayan dan Ketua Operasi Unit Kebajikan PPIM, Siti Khadijah Hassan Berseri.

Nadzim juga berharap agar pihak kerjaan dan pihak berwajib mengambil tindakan yang tegas terhadap golongan ceti haram ini yang semakin hari naik daun beroperasi secara dalam talian.

Tambahnya lagi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hendaklah lebih peka terhadap isu yang semakin parah kerana ini melibatikan keselamatan dan juga data peribada para pengguna.

“Pengguna akan meminjam wang menggunakan aplikasi yang dimuat turun. Apabila mereka menggunakan aplikasi ini maklumat peribadi yang terkandung dalam telefon pintar mereka boleh diakses oleh along.

“Menteri yang berkenaan perlu melihat isu ini dengan lebih mendalam, kes membabitkan along ini memang biasa tetapi kegiatan atas talian ini luar biasa. Apabila data daripada telefon pintar pengguna dapat diakses, along dapat melakukan apa sahaja yang mereka mahukan,” katanya.

Tambah Nadzim lagi, terdapat daripada sesetengah along ini tidak mempunyai perasaan takut dan gentir akan kepada pihak berkuasa, malah mereka mencabar untuk melakukan laporan pihak polis.

“Perkara ini terjadi setiap hari dan juga sudah lama berlaku. Saya harapkan akan ada satu perubahan. Oleh sebab itu, saya mohon pihak polis dan MCMC tubuhkan jawatankuasa khas untuk menangani masalah ini.

“Takkanlah kita mahu biarkan pengguna meminjam sebanyak RM150 tetapi perlu membayar semua sebanyak RM5,000. Sesuatu tindakan dilakukan, apa lagi yang kita tunggu. Saya yakin perkara ini boleh diselesaikan,” katanya.


Artikel oleh: TV Pertiwi

CETI HARAM HINA AGAMA ISLAM, PPIM GESA KDN, JAKIM BERTINDAK

https://tvpertiwi.com.my/2023/03/29/ceti-haram-hina-agama-islam-ppim-gesa-kdn-jakim-bertindak/

Comments
* The email will not be published on the website.