PENUBUHAN
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.
Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.
Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.
Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.
Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.
Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.
VISI
Menjadi tunggak utama dalam perjuangan hak dan pembangunan pengguna Islam.
MISI
Melaksanakan tuntutan fardhu kifayah yang membabitkan kepentingan pengguna Islam melalui tindakan proaktif dan berstrategi.
STRATEGI PERLAKSANAAN
1. Mendidik pengguna agar bertanggungjawab dan mengetahui hak melalui kempen kesedaran dan aktiviti kemasyarakatan.
2. Mengukuhkan silaturrahim & kerjasama strategik sesama Islam agar pengguna Islam bersatu dan tidak diperlekehkan.
3. Melahirkan golongan pengguna yang bijak, bertanggungjawab dan berani menegakkan kebenaran.
4. Menyediakan bantuan dalam penyelesaikan isu yang menjejaskan hak dan kesejahteraan pengguna.
5. Memperkasakan keupayaan dan kemahiran organisasi bagi meningkatkan kecekapan dan pencapaian.
6. Memantau pembangunan sosio-ekonomi agar tidak bercanggah dengan ketetapan Islam.