Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi hari ini dijemput sebagai ahli panel bagi majlis Hari Terbuka sempena ulangtahun pertama Meem Gold & Jewellery yang bertajuk "Emas & Ekonomi Muslim" bertempat di Pusat Perniagaan Worldwide 2, Shah Alam.
Turut serta, Ketua Pegawai Eksekutif KBSE Bullion Sdn Bhd, Tuan Mohd Afiq Ahmad, Penasihat Syariah KBSE Bullion Sdn Bhd, Dr Zaharuddin Abd Rahman, Pengasas Pondok Souq Bukit Kapar, Ustaz Ashraf Suarin dan Jurulatih Usahawan, Coach Azs.