27 Mar
27Mar

SHAH ALAM, 27 MAC: Kerajaan Negeri membuat laporan polis terhadap individu yang didakwa menghina Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan institusi diraja dalam media sosial.

EXCO perumahan berkata laporan terhadap N Ganesparan, 42, juga dibuat berikutan mempersenda Islam dengan mendakwa Nabi Muhammad SAW sebagai penipu selain tidak perlu bersolat.

Borhan Aman Shah menegaskan individu berkenaan turut menyebut perkataan kesat dan memalukan terhadap Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, raja-raja, mufti.

“Menerusi video diterima malam tadi, (kenyataan disebut) boleh menimbulkan keguasaran awam dan membangkitkan sensitiviti yang berisiko mengakibatkan pergolakan dan perpecahan kaum.

EXCO Perumahan Borhan Aman Shah bercakap kepada media selepas membuat laporan polis terhadap seorang individu yang menghina DYMM Sultan Selangor Sultan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada 27 Mac 2024. Turut sama Ketua Aktivitis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan (kiri). Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI 

“(Berikutan itu) Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Dato’ Menteri Besar bersetuju untuk membuat laporan polis ini,” katanya ditemui di ibu pejabat polis Shah Alam hari ini.

Turut serta EXCO Belia dan Sukan Najwan Halimi serta dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Persatuan Anak Melayu Selangor dan Wilayah.

menegaskan pihaknya akan mendesak polis untuk menyiasat termasuk bekerjasama dengan Interpol supaya lelaki yang menetap di luar negara sejak 2017 itu dibawa ke muka pengadilan.

“Tanggungjawab kita untuk membuat laporan agar perkara ini tidak dipermainkan. Tindakan undang-undang perlu dibuat supaya martabat institusi diraja dan agama Islam sentiasa dijaga,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya membuka 21 kertas siasatan terhadap Ganesparan berikutan kenyataan didakwa menghina Sultan Selangor dan agama Islam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki tersebut kini dipercayai berada di Hamburg, Jerman selepas kali terakhir keluar pada 2 November 2017.

Dalam video lebih dua minit itu, lelaki tersebut mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman dan keagamaan selain mendakwa isu 3R (agama, kaum dan raja) hanya untuk orang bukan Islam.

Artikel oleh: SelangorKini

NEGERI LAPOR POLIS LELAKI HINA SULTAN SELANGOR, PERSENDA ISLAM

https://selangorkini.my/2024/03/negeri-lapor-polis-lelaki-hina-sultan-selangor-persenda-islam/

Comments
* The email will not be published on the website.