27 Mar
27Mar

24 MAC 2024 (13 RAMADHAN 1445)
PENTAS UTAMA, MALAKAT MALL, CYBERJAYA

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih,
Maha PenyayangSelawat dan salam ke-atas Junjungan Besar Saidina Muhammad Sallallahu alaihi wassalam berserta keluarga dan sahabat Baginda yang terbilang

Kami, para peserta Muzakarah Pejuang2 ABATA dalam Mempertahankan Kesucian dan Kedaulatan Islam telah bermuzakarah atas tajuk yang tertera telah bersepakat dan bersama mencapai resolusi yang berikut sesudah menimbang pelbagai pandangan daripada pembentang dan peserta:

1. Kami sebulat suara bertekad dan berazam untuk terus berjuang dalam mempertahankan kesucian dan kedaulatan Islam dari sebarang ancaman, penindasan, penghinaan yang melibatkan kepentingan Agama dan umat Islam sejagat serta khusus yang di dalam Negara ini;

2. Setelah berbincang, bermesyuarat dan memahami ancaman dan penghinaan kepada kesucian kalimah ALLAH serta lain-lain ancaman yang memudaratkan Islam dan umat Islam oleh golongan yang tidak bertanggungjawab, kami menggesa kepada umat Islam suatu tindakan yang bersepadu mesti dilaksanakan oleh semua lapisan umat Islam di Negara ini tanpa mengira perbezaan fahaman politik;

3. Kami sebulat suara bersetuju bahwa sebahagian kekayaan golongan minoriti bukan Islam adalah hasil pembelian dan sokongan umat Islam. Justeru itu kami ingin mengubah hal ini dengan memboikot segala produk, rangkaian kedai yang dimiliki oleh golongan pro Zionis termasuk anti Islam baik di luar mahupun di dalam Negara;

4. Kami ingin menggesa kepada pengamal undang2 yang beragama Islam agar berusaha untuk mencadangkan diberi hukuman yang lebih berat kepada mereka yang didapati menghina Islam serta mempermainkan kesucian Islam. Islam merupakan Agama bagi Persekutuan;

5. Kami sebulat suara menyeru kepada pemimpin-pemimpin beragama Islam agar bertindak tegas dan jangan sekali-kali berkompromi dengan golongan anti Islam kerana ianya bercanggah dengan titah YDPA baru-baru ini selaku Ketua Negara dan Sumpah YDPA untuk menjaga Islam pada setiap masa;

6. Kami ingin mengajak umat Islam di Negara ini agar tidak mengulangi kesilapan dengan memberi kekuatan ekonomi kepada gerakan anti Islam menerusi pembelian dari kedai-kedai rangkaian gerakan ini kerana ia merupakan suatu pengkhianatan serta membawa mudarat yang besar kepada kepentingan Islam;

7. Kami menyeru kepada usahawan-usahawan Islam agar mempertingkatkan usaha penyatuan serta perkhidmatan dengan memberi segala kemudahan yang boleh khusus kepada pengguna umat Islam agar dapat membeli barangan halal toiyyiban demi pengukuhan ekonomi umat Islam;

8. Kami menyeru kepada pihak agamawan.. alim ulama dan institusi Agama agar terus komited melaksanakan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar dengan menyokong sebarang usaha untuk mengangkat produk barangan, rangkaian usahawan umat Islam. Ini akan secara langsung membela golongan asnaf yang menjadi tanggungjawab kita;

9. Kami menyarankan agar Malakat Mall atau mana-mana syarikat yang berkemampuan agar dapat mewujudkan sekretariat gabungan BMF, BMF Nusantara dan BMF Global dengan menjadikan kalangan NGO2 Islam, agamawan dan rangkaian usahawan Islam sebagai rakan strategik bagi menjayakan gagasan ini sehingga ke luar negara;

10. Kami ingin menggesa pengurusan KOPPIM untuk mempertingkatkan perkhidmatan kepada pengguna Islam serta menyeru umat Islam untuk bersama serta terus memberi sokongan kepada gerakan mengukuhkan ekonomi umat Islam

11. Kami menggesa sekretariat gabungan BMF untuk meningkatkan lagi keahlian Rangkaian Rakan Kebajikan di kalangan pondok / madrasah pengajian agar dapat membuat pembelian asas bulanan serta perluaskan lagi perkhidmatannya

12. Kami ingin menyarankan sekretariat gabungan BMF untuk mengadakan latihan Training of Trainers (ToT) kepada guru2 pendidik pondok/madrasah serta aktivis masyarakat untuk terlibat sama dalam gagasan ini;

13. Kami menyeru kepada seluruh umat Islam khususnya para alim ulamak didalam Negara ini agar sentiasa memohon bantuan ALLAH melalui solat hajat, doa dll agar hasrat mengembalikan kesucian dan kedaulatan Islam dikabulkan oleh ALLAH.

Kami berdoa kepada ALLAH agar rumusan yang disyorkan oleh Pejuang-pejuang Agama, Bangsa dan Tanah Air dapat mencapai apa yang dihasratkan agar Islam terus kuat kukuh dan memperoleh barakah ALLAH.

MUZAKARAH PEJUANG2 ABATA
24 Mac 2024 (13 Ramadhan 1445)
Malakat Mall, Cyberjaya.

Comments
* The email will not be published on the website.