11 Mar
11Mar

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyambut baik usaha kerajaanmengurangkan kesesakan di penjara dengan mempertimbangkan perlaksanaan PelepasanBanduan Secara Berlesen (PBSL).

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata, usaha itu mampu mengekalkanproduktiviti rakyat Malaysia kerana mereka mampu bekerja dan menjana pendapatan darirumah.

"PPIM difahamkan, menerusi PBSL, banduan yang menjalani hukuman empat tahun dan kebawah akan menjalani hukuman di rumah mereka," katanya.

Nadzim berkata PPIM banyak mendapat aduan dari mangsa keldai akaun yang terpaksamengaku bersalah kerana menyewakan akaun bank kepada pihak ketiga yangmenyalahgunakan akaun bank mereka untuk menipu orang ramai.

"Golongan ini (keldai akaun) sebenarnya boleh bekerja dan menjana pendapatan untukmeneruskan kehidupan. 

Jika di penjara atas kesalahan yang dilakukan oleh mereka secaralangsung, mereka tidak lagi produktif malah akan menyebabkan kerajaan menanggung lebihbanyak beban di penjara," katanya.

Nadzim berkata PPIM menyokong penuh usaha Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri SaifuddinNasution Ismail yang bersungguh-sungguh mahu menangani masalah kesesakan penjaramalah ia sebagai langkah penjimatan kepada negara.

Sebelum ini Saifuddin pernah berkata program yang dijalankan sebelum ini (Sistem Parol,Perintah Kehadiran Wajib serta Program Pemulihan Pemasyarakatan) memberi impak positifdengan statistik menunjukkan daripada 800 yang dibebaskan, hanya seorang dimasukkansemula ke penjara.

PPIM percaya peluang kedua yang diberi oleh kerajaan khususnya kepada mangsa keldaiakaun, individu berpenyakit kronik, warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan ibumengandung akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat.

Bagaimanapun Nadzim menegaskan jika ada individu yang mengambil kesempatan danmelakukan kesalahan dalam tempoh tahanan rumah, mereka seharusnya dijatuhi hukumanlebih berat dan denda yang lebih tinggi.

"Jika sudah diberi peluang kedua melalui PBSL dan masih ada yang tidak mengambil iktibardan terus melakukan jenayah, golongan ini harus diberi hukuman yang lebih berat," katanya.

Minggu lalu Saifuddin berkata kerajaan secara prinsip bersetuju memulakan PBSL menerusitahanan di rumah kepada banduan yang menjalani hukuman empat tahun dan ke bawahsebagai usaha mengurangkan kesesakan penjara.

Saifuddin berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini dalam proses meneliti kaedahpelaksanaan inisiatif itu dari sudut peruntukan undang-undang berkaitan bagi memastikansama ada akta serta peraturan sedia ada perlu digubal atau tidak.

Comments
* The email will not be published on the website.