04 Mar
04Mar

KUALA LUMPUR – Kira-kira 350 peserta Himpunan Mega Demi Palestin berarak dari Menara Tabung Haji ke Padang Merbok.

Himpunan yang dianjurkan oleh Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) mula berkumpul seawal 1.30 petang sebelum mula bergerak sejauh lebih kurang 5 kilometer (km).

Peserta himpunan itu akan melalui Kedutaan Amerika Syarikat (AS) kemudian begerak ke Pusat Convention Kuala Lumpur (KLCC), Hotel Renaissance, Maju Junction, Sogo, Dataran Merdeka dan berakhir di Padang Merbok.

Kelihatan jurucakap SSP dan aktivis sosial, Tian Chua , Hishamuddin Rais serta Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menyertai perhimpunan tersebut.

Himpunan dan perarakan tersebut diadakan bagi menyatakan solidariti terhadap Palestin dan ketegasan rakyat Malaysia mengecam kekejaman rejim zionis Israel. – MalaysiaGazette

Artikel oleh: Malaysia Gazette

PESERTA HIMPUNAN MEGA DEMI PALESTIN BERARAK KE PADANG MERBOK

https://malaysiagazette.com/2024/03/02/peserta-himpunan-mega-demi-palestin-berarak-ke-padang-merbok/

Comments
* The email will not be published on the website.