1. Bank Awam menyatukan Rakyat Malaysia dan memastikan kesejahteraan & kebajikan rakyat.
2. BANK AWAM beroperasi untuk kepentingan awam dan di punyai oleh rakyat melalui institusi yg ditadbirkan oleh kerajaan/menteri kewangan dan dipantau oleh jawatankuasa khas aqlParlimen.
3. BANK AWAM merupakan langkah awal kearah pembiayaan tanpa faedah untuk pembangunan negara dan rakyat terutama sektor IKS, keusahawanan dan sektor pertanian berasaskan makanan sebagai tambahan kepada hasil negara,keselamatan makanan dan meningkatkan nilai guna tanah pertanian.
4. BANK AWAM boleh menawarkan pembiayaan ekonomi berasaskan pembiayaan/perkongsian modal dan perkongsian resiko-keuntungan tanpa faedah.Ini memastikan perkembangan ekonomi yang sebenar tanpa wujudnya perkembangan ekonomi hutang seperti yang ada hari ini.
5. BANK AWAM boleh menawarkan pembiayaan bukan-ekonomi tanpa faedah untuk perumahan ,kenderaan dan pendidikan. Ia dapat menyelesaikan keperluan sosio-ekonomi rakyat. Nota: Semua pembiayaan diatas akan dapat menghapuskan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan dan juga mengurangkan kenaikan harga rumah yg terlalu tinggi.
6. BANK AWAM akan mengambil semua wang hutang berjumlah$2000 billion dari bank-bank komersil yg mana fungsi bank-bank komersil akan diubah statusnya sebagai institusi pelaburan.(jika perlu/mengikut kesesuaian) Institusi Pelaburan ini akan bekerjasama dgn BANK AWAM dalam pembiayaan pembangunan negara terutama sektor IKS dan lain-lain.
7. BANK AWAM akan membatalkan semua faedah keatas wang hutang $2000 billion yang telah dipindah kepada mereka dari bank-bank komersil.Ini akan mengurangkan beban hutang kerana faedah yang dikenakan telah dilupuskan.
8. BANK AWAM boleh bertindak sebagai penerima deposit dan pintu pembayaran (payment gateways.)
9. BANK AWAM juga akan memperkenalkan wang digital (cryptocurrency) menggunakan teknik blockchain. Ini secara otomatik akan menghapuskan fraud-penipuan kerana pembayaran dalam bentuk elektronik ini nilainya dan nombor sirinya akan diketahui puncanya.Ini juga memudahkan kerajaan untuk mengambil cukai secara lebih efektif.
10. Dalam situasi wabak coronavirus dimana banyak aktiviti ekonomi terpaksa dihentikan,kerajaan melalui Bank Awam boleh memberi elaun minimum bulanan kepada semua rakyat Malaysia terutamanya kepada kumpulan M40 dan B40 dari hasil kekayaan negara dalam tempoh PKP. Elaun minimum bulanan ini boleh dilakukan berterusan selepas tempoh PKP jika BANK AWAM sudah beroperasi sepenuhnya.
Peringkat kedua:-
Apabila sistem BANK AWAM sudah berjalan dengan baik dan terdapat keperluan untuk memastikan nilai wang fiat dan wang digital bertambah baik nilainya, maka kerajaan akan TAMBATKAN wang kertas dan wang digital ini dengan emas(gold standard) atau apa2 nilai komoditi seperti minyak/kelapa sawit disamping pada masa yang sama PENGWUJUDAN dan PENGGUNAAN shiling emas dan perak sebagai legal tender akan juga diperkenalkan.
Situasi ini akan bergantung kepada keadaan dunia ketika itu. Ringkasnya, BANK AWAM dapat mempermosikan kesatuan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama disamping memastikan Demokrasi yang sebenarnya wujud.
BANK AWAM membebaskan kita dari hutang,inflasi dan kemiskinan.
BANK AWAM mengurangkan dan menghapuskan sama sekali rasuah dan kebocoran dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas.
BANK AWAM mengurangkan jurang antara kumpulan kaya dan kumpulan miskin samada antara negeri kaya dan negeri miskin, antara bandar dan luar bandar, antara kaum kaya dan kaum miskin, dan juga antara intra-kaum.
BANK AWAM sebagai langkah awal dan pertama kearah sistem monetari tanpa Riba, memastikan jaringan sosial keselamatan yang lebih berkesan dan kearah melahirkan masyarakat yang lebih celik,merdeka akal, qalb dan jiwanya.
BEBAS RIBA AMAN TAKWA
BEBAS RIBA AMAN MALAYSIA
Penulis :-
Ahmad Jufliz Faiza
Naib Presiden PRM