Kuala Lumpur, 23 Oktober – Satu inisiatif baharu dikenali sebagai Task Force Rakyat telah diperkenalkan sebagai platform bagi rakyat untuk memperjuangkan hak dan maruah mereka secara harmoni. Inisiatif ini bertujuan memperkasakan rakyat untuk terlibat secara langsung dalam menangani isu-isu yang dihadapi mereka.
Menurut wakil Task Force, Datuk Nadzim Johan berkata, inisiatif ini diwujudkan kerana kebanyakan rakyat tidak terbela akibat kelemahan dalam sistem atau kurangnya perhatian daripada pihak yang berkenaan.
“Rakyat perlu satu platform untuk mengemukakan masalah mereka dengan mudah. Kadang-kadang, perkara kecil pun tidak mendapat perhatian. Mereka tidak tahu ke mana hendak pergi atau siapa yang harus ditemui,” katanya dalam satu sidang media disini hari ini.
Platform ini juga akan bertindak sebagai penghubung antara rakyat dan kerajaan dengan tujuan menyampaikan cadangan serta aduan secara langsung. “Kita tidak menyalahkan mana-mana pihak. Kita hanya mahu masalah rakyat diselesaikan dengan cepat dan efisien,” tambahnya.
Task Force ini turut meminta kerajaan menyediakan platform rasmi di mana rakyat dapat berkongsi maklumat, memberi cadangan, dan bertindak balas terhadap pelbagai isu yang dihadapi. Mereka juga menekankan kepentingan sokongan daripada media dalam membantu menyebarkan maklumat kepada masyarakat.
Selain itu, Task Force Rakyat akan bekerjasama dengan pelbagai sukarelawan di peringkat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memperluaskan perkhidmatan mereka. Setiap DUN akan mempunyai wakil yang dilantik untuk membantu menguruskan masalah yang dihadapi rakyat di kawasan tersebut.
“Kerjasama rakyat amat penting kerana apabila suara rakyat disatukan, lebih mudah untuk kita menyelesaikan isu-isu besar. Kita berharap rakyat akan turut serta dan memberikan sokongan kepada inisiatif ini,” ujar wakil Task Force tersebut.
Mereka turut menegaskan bahawa isu-isu kesihatan seperti monkeypox dan pengalaman buruk dengan vaksin COVID-19 adalah antara perkara yang akan diberi perhatian serius oleh Task Force ini. Mereka juga menolak sebarang usaha yang melanggar hak individu dan perlembagaan negara, dengan menyatakan bahawa rakyat berhak bersuara dalam hal-hal yang melibatkan kesejahteraan mereka.
Justeru, diharap Task Force ini akan menjadi platform yang dapat mengubah sistem sedia ada dan memastikan bahawa setiap wakil rakyat melaksanakan tugas mereka dengan bertanggungjawab. Ini adalah satu usaha untuk memastikan nasib rakyat terbela, dan tidak lagi diabaikan oleh pihak-pihak yang berkuasa.
#PPIM #nadzimjohan #toqqi #toqqi_ppim #TaskForce #rakyat #inisiatif #sembangkopiaa #sembangpolitik #DemiRakyat #SembangKopiAA #viral #trendingnewsmalaysia #beritaviral #viral #trendingnewsmalaysia #beritaviral #barisannasional #umnosebuahperjuangan #umnomalaysia #umno #ZahidHamidi #azamrauzan #isusemasa #beritasemasa #aatvnews #aatvmedia #informasiurban
Sumber: AATV Rakyat News
PPIM PERKENAL INISIATIF TASK FORCE RAKYAT UNTUK BELA NASIB RAKYAT