03 Jan
03Jan

1.      Selain dari Isu Sistem Riba sebagai ancaman nombor 1 kepada kemerdekaan tulen  dan keadilan sosial untuk Rakyat dan Negara,Parti Rakyat Malaysia ("PRM") amat bimbang dari sumber data, statistik & journal sains,maklumat & lapuran luar dan dalam negara termasuk lapuran polis,kes-kes di mahkamah dan dari pelbagai badan bukan kerajaan/Ngo tempatan berkenaan dengan isu Pandemik Covid 19 sebagai ancaman nombor 2 Negara yang ada hubung-kait dengan Penaja Sistem Riba.


2.     Sudah tiba masanya Kerajaan Campuran memberhentikan program pengambilan "vaksin Covid 19" dengan SERTA-MERTA dan mula menyiasat & membayar ganti rugi/pampasan/bantuan kepada  waris/penerima "vaksin Covid 19 yang mati, mendapat cacat kekal dan kesan sampingan serius ("AEFI"). 


3.      Kerajaan Campuran tidak wajar berselindung di bawah Akta Rahsia Rasmi dalam menyiasat dan mendapatkan segala maklumat patologi,lapuran bedah siasat, lapuran makmal & kimia dan panel saintis & pakar perubatan bebas bagi mendapat pendedahan penuh & terus terang dan terbuka bagi merungkaikan samada penerima "vaksin Covid19" yang mati, mendapat cacat kekal dan kesan sampingan serius adalah DISEBABKAN suntikan "vaksin Covid 19" SELEPAS menerima suntikan "vaksin Covid 19". 


4.     Banyak maklumat yang PRM perolehi bahawa POLISI KESIHATAN AWAM dengan alasan Pandemik Covid 19 adalah satu fraud/penipuan kesihatan secara global, tidak saintifik, telah digunakan secara salah, pengaruh tidak wajar,salah nyata fakta & cuai,  wujudnya penindasan fakta, tidak berperlembagaan & melanggar hak asasi manusia , melanggar hak asasi Antarabangsa & Kod Nuremberg dan potensi besar & serius sebagai jenayah dibawah Kanun Keseksaan &  jenayah terhadap kemaknusiaan. 


5.      Organisasi WHO, syarikat-syarikat gergasi pharma seperti Pfizer, Moderna dll dan IMF dengan agenda Order  Baru ("NWO") yang di pelopori oleh Barat berpaksikan Anglo-Zionist terutamanya kerajaan USA, UK & Israel telah menggunakan alasan Pandemik Covid 19 sebagai isu kesihatan dunia yang sebenarnya merupakan Pandemik Palsu/Salah Maklumat yang di rancang untuk  menakutkan Rakyat diseluruh dunia bagi tujuan kawalan sosial dan kewangan (CBDC), untuk mengaut keuntungan yang tinggi dengan menyebabkan banyak Negara terpaksa berhutang dalam pembelian "vaksin Covid 19" &  berdepan dengan masalah ekonomi terutamanya semasa "lockdown", menghancurkan ekonomi Rakyat & Negara terutamanya peniaga-peniaga kecil & golongan Rakyat bawahan dan yang lebih bahaya untuk mengurangkan populasi dunia(Eugenic/Malthusian agenda). Adakah " DARAH DI TANGAN MEREKA"? 

6.     Ini amat membimbangkan dan PRM mendapati bahawa: 

     a.     Covid 19 itu sendiri sebagai satu bentuk senjata Bio/sintetik pathogen/ virus,dibuat dalam makmal dan virus itu tidak diasingkan bagi memastikan ia benar-benar satu penyakit berjangkit dari haiwan/manusia; 

     

     b.     Pandemik Covid 19 dan 'lockdown' atas alasan Kesihatan Awam telah disalahgunakan  untuk menakutkan Rakyat dan MPN, KKM, NPRA & Ketua Pengarah Kesihatan terutamanya telah gagal menyiasat secara teliti, klinikal & saintifik berkenaan Covid 19 & "vaksin  Covid 19" dan telah menasihati kerajaan secara salah,


     i.      menyebabkan kerajaan menggunakan Akta 342 secara salah & tidak berperlembagaan untuk melaksanakan polisi kesihatan awam & SOP kesihatan seperti "lockdown", jarak sosial, pemakaian pelitup muka & penggunaan My Sejahtera; 

     ii.      menyebabkan kerajaan berhutang dalam pembelian Vaksin Covid 19 tanpa tender; 

     iii.      menggunakan alat PCR secara salah untuk meningkatkan kadar positif palsu Rakyat yang terkena Covid 19;                      

     iv.     menggunakan rawatan & protokol WHO yang salah dalam merawat pesakit Covid 19;  

 v. memaksa Rakyat (terutamanya umat Islam) untuk menandatangani borang persetujuan suntikan "vaksin Covid 19" tanpa persetujuan termaklum, menggunakan pengaruh tidak wajar,fraud dan penindasan fakta supaya mereka menerima suntikan "vaksin Covid 19",dan 

     vi.     diskriminasi kepada Rakyat yang tidak mengambil "vaksin Covid 19" dengan pelbagai sekatan untuk bebas bergerak, bekerja, berdagang, beriadah termasuk pemecatan pekerjaan; 


     c.     Ramai Rakyat dan juga penjawat- penjawat awam sebenarnya tidak mahu menerima "vaksin Covid 19" tetapi diskriminasi di tempat kerja,tempat awam,pusat membeli belah,sukar untuk bergerak,sukar untuk berurus niaga dan potensi untuk dibuang kerja atau dikenakan tatatertib oleh pihak majikan, telah menyebabkan mereka terpaksa mengambil suntikan "vaksin Covid 19". 


7.     PRM menyokong tindakan tegas Kerajaan Campuran dan SPRM untuk menyiasat penyelewangan dana pengurusan Covid 19 dibawah pentadbiran Perikatan Nasional, tetapi siasatan & dakwaan apatah lagi potensi sabitan seperti kes 1MDB akan mengambil masa yang lama berbanding dengan PENTINGNYA UNTUK MEMBERHENTIKAN PROGRAM SUNTIKAN "VAKSIN COVID 19" SERTA MERTA DAN MENYIASAT SERTA MERTA RAKYAT YANG MATI,MENDAPAT CACAT KEKAL DAN KESAN SAMPINGAN YANG SERIUS SELEPAS MENDAPAT SUNTIKAN "VAKSIN COVID 19".


8.     PRM melihat keadaan Negara seperti "Api dalam sekam" dan sekali lagi PRM menggesa Kerajaan Campuran untuk menangani SERTA MERTA ISU PANDEMIK DAN "VAKSIN COVID 19". "Keutamaan adalah suatu kesenian, dalam mencapai kebahagiaan untuk diri sendiri dengan jalan membahagiakan orang lain" 


Penulis :- 

Ahmad Jufliz bin Dato Faiza 

Naib Presiden Parti Rakyat Malaysia

Comments
* The email will not be published on the website.