12 Apr
12Apr

Kuala Lumpur, 12 April -- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan berkenaan satu kes dimana pihak kontraktor tarik kereta mengenakan cas lebih RM16,000 untuk menarik dan menyimpan sebuah kereta yang tertunggak bayaran ansuran sebanyak RM3,000.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata kes tersebut bukti jelas pihak bank dan penarik kereta sewenang-wenangnya mengenakan cas dan menekan pengguna dengan kos yang tidak munasabah.

PPIM menggesa pihak berwajib yang diamanahkan dan kerajaan supaya dapat memantau tekanan yang dikenakan keatas pengguna.

"Tidak masuk akal! Hutang RM3,000 tetapi kos tarik kereta lebih tiga kali ganda sehingga RM16,000! Yahudi pun tak zalim begini," katanya dalam sidang media yang diadakan hari ini.

Nadzim menegaskan pihaknya tidak akan berdiam diri dan akan membongkar lebih banyak lagi kejadian seperti yang didedahkan hari ini.

"Rakyat sudah cukup tertekan, dengan kos sara hidup semakin meningkat, macam-macam cadangan dilontarkan pihak bijak pandai, telur mahal jangan makan telur, ayam mahal, jangan makan ayam, sayur mahal, tanam sendiri sayur.

"Kali ini kos tarik kereta tiga kali ganda dari hutang tertunggak, nak buat macam mana? Nak jalan kaki dari Karak ke Kuala Lumpur untuk bekerja? Adakah perkhidmatan kenderaan awam kita begitu efisien dan boleh diharapkan? Saya dengar ada perkhidmatan yang bakal ditutup berbulan-bulan, jadi rakyat nak kerja macam mana? Nak makan apa?" katanya.

Nadzim mahu rakyat buka mata dan jangan biarkan diri mereka terus ditindas.

"Bangkitlah rakyat Malaysia, gunakan hak anda sebagai pengguna, bersuara dan lawan mereka semua," katanya.

Comments
* The email will not be published on the website.