Oleh Ikaz
SUBANG JAYA, 9 Januari 2023 –
Kenderaan Elektrik (Electric Vehicle – EV) jenama TESLA yang kini telah dipasarkan di Malaysia telah dibawa masuk oleh sebuah syarikat tempatan Moscorpd Sdn Bhd dan G-Mart Corporation Sdn Bhd.
Berpusat di Kg Melayu Subang dan juga mempunyai beberapa pusat jualan di Lembah Klang, kereta elektrik jenama TESLA yang ditunjukkan dalam gambar ini adalah TESLA Model 3.
TESLA Model 3 mempunyai 3 variant iaitu 3 Standard, 3 Long Range dan 3 Performance.
Perbezaan di antara ketiga-tiga variant tersebut ialah daripada segi jarak perjalanan iaitu:-
3 Standard : boleh bergerak sejauh 350km dengan sekali kapasiti caj bateri penuh;
3 Long Range : boleh bergerak sejauh 580km dengan sekali kapasiti caj bateri penuh;
3 Performance : boleh bergerak sejauh 480km dengan sekali kapasiti caj bateri penuh.
Daripada segi kelajuan pula:-
3 Standard : memecut daripada 0 ke 100km/j dalam masa 5.3 saat dengan capaian maksima kelajuan 225km/j;
3 Long Range : memecut daripada 0 ke 100km/j dalam masa 4.2 saat dengan capaian maksima kelajuan 233km/j;
3 Performance : memecut daripada 0 ke 100km/j dalam masa 3 saat dengan capaian maksima kelajuan 260km/j.
Daripada segi pengecasan bateri pula amat menjimatkan kerana bateri TESLA menggunakan kapasiti seperti berikut :-
3 Standard 54kwh;
3 Long range 75kwh,
3 Performance 82kwh.
Jika dicaj menggunakan pengecasan pantas (fast charger) dengan kuasa 180kwh, masa yang diperlukan hanya 35 minit untuk mengecas penuh bateri kereta tersebut.
Namun jika menggunakan pengecasan di rumah yang jimat iaitu pada kadar 35sen untuk 1kwh, masa yang diperlukan untuk pengecasan penuh adalah 7 ke 8jam untuk pengecasan rumah kapasiti 11kwh atau 9 ke 10 jam untuk pengecasan kapasiti 7kwh.
Kiraan mudah untuk caj elektrik dirumah adalah bayaran elektrik sebanyak RM21 untuk pengecasan penuh bateri kereta TESLA ini.
Lain-lain servis enjin untuk penukaran minyak enjin dan bahagian komponen enjin yang lain : TIADA.
Ini kerana kereta elektrik tidak mempunyai enjin. Hanya motor elektrik sahaja.
Untuk tempahan pandu uji hubungi :
Zek no telefon dan whatsap 011-6276 4942