16 Apr
16Apr

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melahirkan rasa terharu dan gembira berikutan pembebasan 4 hero-hero yang telah berjuang dengan penuh komitmen bagi memastikan rakyat tidak tertipu, teraniaya dan dimudaratkan oleh dorongan mandatori pengambilan vaksin COVID-19 berikutan pandemik penularannya secara global sejak 2020 dahulu.

Menurut Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi, pembebasan mereka telah membuka mata rakyat mengenai cakap-cakap tentang kesan-kesan sampingan vaksin COVID-19 yang begitu memudaratkan bagi sesetengah penerima.

Wirawan-wirawan dan wirawati ini telah dikenakan pelbagai tuduhan yang kami kira tidak wajar oleh pihak berkuasa. Pembebasan mereka adalah atas tuduhan-tuduhan berikut:

  1. Dr. Roland Victor

Pada 7 April 2025, Mahkamah Sesyen Sepang membebaskan Dr. Roland Victor, pengasas The KL Sky Clinic, daripada pertuduhan menghantar video jelik berkaitan vaksin Covid-19. Beliau didakwa membuat dan menghantar video tersebut melalui profil Facebook "The KL Sky Clinic" pada 7 Februari 2021.     

  2. Dr. Che Amir Farid Che Ishak

Pada September 2021, Dr. Che Amir Farid Che Ishak bersama Dr. Vijaendran Subramaniam memfailkan saman terhadap kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia selepas Ivermectin dirampas dari klinik Dr. Che Amir pada Jun 2021 semasa pandemik Covid-19. Pada Mac 2025, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa doktor berhak untuk memberikan Ivermectin kepada pesakit mereka.     

  3. Muhammad Zaki Omar            

Pada 6 Oktober 2024, Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar melepas dan membebaskan Muhammad Zaki Omar daripada pertuduhan menyebarkan berita palsu mengenai kematian seorang anggota polis akibat suntikan vaksin Covid-19   pada April 2021. Mahkamah mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan   keraguan munasabah terhadap kes tersebut.      

  4. Puan Liyana Razali            

Liyana Razali didakwa membuat kenyataan yang boleh menyebabkan kegentaran awam berkaitan vaksin Covid-19. Pada 27 September 2024, Mahkamah melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan tersebut.

Toqqi berharap pihak kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan agar peka dan berhati-hati dalam memberikan rakyat sesuatu yang belum pasti keberkesanannya dan jangan sesekali mengikut telunjuk badan-badan kesihatan dunia yang kononnya prihatin terhadap kesihatan manusia sejagat.

Majlis meraikan hero-hero ini diadakan bersekali dengan Majlis Ukhuwah Aidilfitri 1446H.

Dalam kesempatan ini, PPIM juga melancarkan Galeri Muka Depan Akhbar yang akan memaparkan isu-isu gempar yang didedahkan sejak penubuhannya 30 tahun lalu.




Comments
* The email will not be published on the website.