04 Apr
04Apr

Kecuali beberapa karya, l yang pada umumnya ada menyentuh tentang gerakan kebangsaan Melayu yang bersifat kiri, sangat sedikit penulisan yang terperinci mengenai latar belakang sejarah Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) telah dihasilkan. 2 Hubungan PKMM dengan ideologi komunis masih menjadi persoalan yang belum dikupas. Tulisan ini pun bukan bertujuan untuk memaparkan riwayat pertumbuhan PKMM dan perkembangannya tetapi sebaliknya ingin menampilkan beberapa hipotesa tentang latar belakang sejarah hubungan pertubuhan itu dengan gerakan komunis yang telah mendorong kelahirannya. Penulisan ini ingin cuba menjawab pertanyaan sejauhmanakah pertubuhan politik kiri Melayu itu telah diresapi oleh wawasan Nusantara yang bertumpu kepada gerakan membangkitkan apa yang disebut oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy sebagai 'kebangsaan Melayu' dan 'Nusa Melayu' . 

Juga akan diperhatikan ialah soal bagaimana gerakan kebangsaan itu boleh menyesuaikan dirinya dengan ideologi komunis yangjelas telah menambahkan kebingungan pemerhati sejarah gerakan kebangsaan kiri pasca-45 dalam memahami jalur kebangsaannya.


Partai Kebangsaan Melayu Malaya telah ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 ketika Tanah Melayu sedang diamuk badai perkelahian antara Cina dan Melayu dan pada waktu kesatuan Malayanya yakni Malayan Union. Penubuhannya ini telah disusuli dengan kongresnya yang pertama di Ipoh pada 30 November hingga 3 Disember 1945. Pada kongres itulah perlembagaan PKMM telah diluluskan. 


Delapan dasar yang digariskan ialah:

i. Mempersatu padukan bangsa Melayu, menanamkan semangat kebangsaan dalam sanubari orang-orang Melayu dan bertujuan untuk menyatukan Malaya di dalam keluarga yang besar iaitu Republik Indonesia Raya.

ii. Bertujuan hendak mencapai hak kemerdekaan berpidato, bergerak, berfikir dan menuntut pelajaran.

iii. Membangkitkan kedudukan iktisad bangsa Melayu denganjalan memajukan perusahaan perniagaan dan pertanian serta menaikkan taraf penghidupan bangsa Melayu.

iv. Mencapai kebebasan bercucuk tanam. Orang yang hendak bercucuk tanam itu dibebaskan daripada membayar sewa tanah bila-bila masa dan di mana juga dan dibebaskan pula menjual hasil usahanya itu di pasar perniagaan. Menghendaki diberi kebebasan penuh kepada orang Melayu mendirikan sekolah-sekolah kebangsaan mereka, iaitu tempat mereka mendapat pelajaran-pelajaran dan bahasa dengan percuma.

vi. Mengkehendaki d iberi kebebasan mencetak bukubukunya sendiri, mengalakkan pelajaran secara demokrasi, supaya meninggikan kedudukan bangsa Melayu, dalam siasat (politik) untuk mendifayahkan rasa kebangsaan kepada orangorang Melayu.

vii.     Parti Kebangsaan Melayu hendak bekerjasama dengan Iain-Iain bangsa yang tinggal dalam negerinya ini hidup dengan berbaik-baik dan bekerja untuk mendirikan perpaduan penduduk-penduduk Malaya (Malayan United Front) bagi menjadikan Malaya Merdeka makmurdan sebagai satu anggota Republik Indonesia Raya.

viii.     Menyokong gerakan umat Indonesia dalam memperjuangkan merebut kemerdekaan. 

Daripada delapan dasar yang dikemukakannya itu matlamat politik PKMM jelas tersimpul dalam tiga sasaran iaitu untuk t mendi'aayah [sic] kan' rasa kebangsaan, bekerjasama dengan bangsa-bangsa Iain di Malaya dengan tujuan memperjuangkan kemerdekaan Malaya dan menjadikan Malaya Merdeka sebagai sebahagian daripada Republik Indonesia Raya.

Sehingga kini beberapa kaj ian mengenai PKMM dan tulisan bekas pemimpin PKMM sendiri menyebut nama Mokhtaruddin Lasso sebagai orang yang bertanggungj awab menggerakkan penubuhan parti itu. Ahmad Boestamam menyatakan bahawa Mokhtaruddin Lasso telah menemuinya untuk menawarkan bantuan kewangan bagi penerbitan Suara Rakyat yang sedang diterbitkan oleh Boestamam.  

Dakwaan Boestamam ini menarik kerana tidak berapa lama selepas Suara Rakyat dilancarkan Mokhtaruddin meminta dia Mohammad Hanif dan Dahari Ali mengikhtiarkan pula penerbitan bulanan Voice ofthe People. Walaupun Boestamam tidak menyatakan dengan persis bila bulanan berkala bahasa Inggeris itu diterbitkan tetapi gambaran yang diberikannya seolah-olah ia diterbitkan sebelum penubuhan PKMM.


Menurut Boestamam, orang yang memperkasai penubuhan PKMM ialah Arshad Ashaari, 'orang Mokhtaruddin Lasso' .  

Kedua-dua maklumat mengenai majalah berbahasa Inggeris dan pengasas P KMM itu amat menarik. Pertama, nama Voice ofthe People, selain merupakan terjemahan daripada Suara Rakyat, adalah juga sebenarnya nama terjemahan sebuah akhbar komunis di Indonesia yang juga bernama Soeara Ra'jat. Kedua yang menarik adalah hakikat bahawa penubuhan PKMM telah mendapat dorongan daripada Mokhtaruddin Lasso yang barangkali telah menyarankan kepada Arshad Ashaari untuk menyampaikannya kepada Boestamam.


Keterlibatan Mokhtaruddin Lasso dalam penubuhan PKMM adalah justeru kerana ditugaskan oleh Partai Komunis Malaya yang dianggotainya. Selepas Parti Komunis Malaya melihat betapa buruknya hubungan antara orang Cina dan Melayu setelah berlakunya serangan balas membalas dendam dengan puak Malayan People 's Anti-Japanese Armyl I dengan orang-orang Melayu akibat anggapan MPAJA bahawa kesengsaraan orang Cina pada zaman Jepun adalah disebabkan oleh kolaborasi pemimpin-pemimpin dan anggota polis Melayu dengan pihak Jepun, P KM telah menyedari betapa mustahaknya menggembleng sokongan orang Melayu dalam rancangannya untuk membebaskan Malaya daripada penjajahan Inggeris.


Mokhtaruddin yang pada zaman Jepun menjadi anggota MPAJA telah ditugaskan oleh PKM untuk merintis jalan ke arah penubuhan sebuah parti kiri yang radikal di kalangan orang Melayu. Bersama-sama dengan beberapa orang kiri yang lain, Mokhtaruddin pun mengadakan perjumpaan pada malam 17 Oktober 1945 dengan beberapa orang kiri yang bukan komunis seperti Boestamam dan Dahari Ali serta rakanrakan mereka yang memang sudah terkenal teguh dari segi semangat kebangsaannya. Tarikh penubuhan PKMM pun tampaknya mengambil sempena genap dua bulan Sukarno mengisytiharkan kemerdekaan Republik Indonesia.


Siapakah Mokhtaruddin Lasso ? Sehingga kini tiada banyak maklumat yang dapat diperolehi mengenai watak ini. Tetapi yang pasti ialah bahawa Mokhtaruddin adalah seorang Minangkabau yang berkemungkinan telah berhijrah ke Tanah Melayu bersama-sama ramai anggota Partai Komunis Indonesia yang lain setelah tumpasnya pemberontakan komunis di Silungkang, Sumatera Barat pada awal 1 927.

Mokhtaruddin yang juga dikenali dengan panggilan 'Lang-Lang Buanat , lantaran hidup berkelananya hanyalah seorang daripada beberapa orang pelarian Minangkabau yang merantau di Semenanjung dan Singapura. Nama-nama seperti Sutan Djenain, seorang komunis veteran, Datuk Buang Sati, Djamaludin Tamin, Arifin, Ahmad Zubir adalah antara nama yang sering disebut oleh pegawai perisik Inggeris sebagai orang Minangkabau 'Komunis' yang telah masuk dan bergiat sama ada di Singapura atau Semenanjung untuk mendakyahkan keyakinan mereka.

Kemasukan orang-orang komunis ini baik yang dari tanah Minangkabau mahupun tanah Jawa, memang bertali arus dalam tahun-tahun selepas 1927 dan 1930an.

Seyogia diingati bahawa tidak semua yang lari dari Indonesia selepas gagalnya pemberontakan komunis tahun 1926/1927 itu benarbenar berideologi komunis. Ada juga di antara mereka yang menyertai pemberontakan itu lantaran terpanggil sebagai fanatik Islam yang antipenjajahan dan sebagai nasionalis yang ingin mengusir Belanda dari bumi Indonesia. Ramai pula yang walaupun menjadi anggota Partai Komunis Indonesia, tetapi sebenarnya adalah nasionalis yang Inenjadikan pertubuhan itu sebagai wadah yang dapat menyediakan rancangan politik yang lebih jelas. Contoh yang clapat diberikan ialah seperti Mas Marco Kartodikromo, Haji Misbach   Datuk Haji Batuah, dan Natar Zainuddin. Mereka yang boleh dikelompokkan sebagai 'komunis nasionalis' atau 'komunis Muslim'. Walaupun demikian, pada dasarnya mereka yang menganggotai sebuah parti komunis sebenarnya telah diperangkap oleh strategi 'united front' komunis yang secara halus bertujuan memperalatkan golongan nasionalis dan agama demi menjayakan matlamat akhir mereka, iaitu menegakkan sebuah negara komunis. Amat menarik pula ialah bahawa di kalangan orang komunis Indonesia yang memang faham tentang ideologi komunis yang menekankan persaudaraan komunis antarabangsa i tu ada yang membayangkan bahawa 'Indonesiat yang ingin mereka bebaskan ialah wilayah gugusan kepulauan Melayu yang di dalamnya termasuk juga Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei.


Contoh pandangan nasionalisme Nusantara ini dapat dilihat pada tulisan Tan Malaka, tokoh komunis berasal dari Minangkabau yang ketika berada di Singapura dalam tahun 1926 telah menerbitkan karyanya Massa Actie (Tindakan Rakyat Jelata) Tan Malaka menulis:

Satoe poesat persatoean antara seloeroeh bangsa Indonesia [baca Melayu] jakni Indonsia kita, Semenandjoeng dan Philipina - dengan tak oesah dibitjarakan doeloe kepoelauan Oceania dan Madagascar jang dijoemlahnya bukan sedikit adalah 'sine qua non' sjarat oentoek merampas dan mendjaga kebebasan kita. Tjilaka soenggoeh, tak dapat bangsa Indonesia di Semenandjoeng Malaka mempertahankan diri dari kebandjiran bangsa India dan Tiongkok jang teroes mengalir kesana Boemipoetera di kota-kota pesisir senantiasa didesak kepinggir kota, dan jang tinggal di laoet makin sehari makin djaoeh menjingkir kepoentjakpoentjak goenoeng. 


Selanjutnya Tan Malaka menyarankan:

Satoe perkoempoelan orang-orang Indoenesia jang bersama 'Kesatoen Malajoe' mengoentoengkan dan mesti kita perhatikan dengan segala perhatianjang sepenoeh-penoehnya. Sekalian daja oepaja [me] ngembangngembangkan dan mentjiptakan satoe persatoen Indonesia Raya di seloeroeh kepoelauan Indoensia 'mesti dan perloe' ada dan didirikan. Tambahan lagi boleh diharapkan bangsa Indonesia di Semenandjoeng akan berichtiar melahirkan satoe pergerakan jang maksoednja akan memindahkan bangsa Indonesia Selatan kesana. Dengan djalan seroepa dapatlah dibatasinja proces pendesakan itoe dan clitjiptakan satoe dasar tempat Indonesia Merdeka'bersandart dan achirnja akan mewoedjoedkan Kemerdekaan Semesta-lndonesia. 

Pandangan Tan Malaka ini diungkapkan kembali oleh Muhammad Yamin, juga seorang putera Minangkabau, pada bulan Julai 1945 ketika Badan Penyel idik Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia membahaskan isu-isu mengenai perlembagaan dan falsafah negara Indonesia merdeka. Yamin berpendapat wawasan Indonesia itu haruslah mencakup selain bekas tanah jajahan Belandajuga wilayah Malaya, Kalimantan Utara danTimor. 

Pendirian PKMM bahawa Malaya adalah sebahagian daripada Indonesia diungkapkan oleh Dr. Burhanuddin di dalam Kongres pertama pertubuhan itu. Pendirian inijelas merupakan kesinambungan perjuangan Kesatuan Melayu Muda yang dipimpin oleh Ibrahim Yaacob dan juga cita-cita yang tidak dapat dipenuhi oleh Kesatuan Rakyat Istimewa Semenanjung yang bersidang pada pertengahan Ogos 1945 iaitu untuk berjuang bagi kemasukan Malaya di dalam Republik Indonesia. Kongres PKMM pertama itu juga telah menetapkan bendera Indonesia, Sang Saka Merah Putih sebagai bendera PKMM. Tidaklah menghairankan jika sokongan terhadap PKMM kebanyakannya datang dari bekas ahli atau penyokong KMM ketika perang. Mereka ini juga merupakan golongan yang bukan terdiri daripada kaum bangsawan. Para pemimpinnya yang pada umumnya mempunyai latar belakang petani adalah terdiri daripada mereka yang menerima pendidikan sekolah Melayu, Inggeris dan Arab.Menurut Dr. Burhanuddin, PKMM memperjuangkan konsep '1 Malaya untuk orang Melayu' dan ia merupakan:

Sebahagian daripada perjuangan yang lebih besar bagi Malaysia; seandainya Malaya dapat diperoleh bagi orang Melayu; Indonesia untuk orang Inclonesia dan seterusnya seluruh kawasan kediaman orang Melayu akan tiba masanya bagi cita-cita terakhir iaitu Melayu Raya.19P KM M secara strategi menyokong konsep Malayan Union yang diperkenalkan oleh British lantaran untuk membawa masuk Malaya ke dalam Republik Indonesia, sebuah Republik Malaya harus diwujudkan terlebih dahulu. Tetapi berbeza daripada gerakan kebangsaan di Indonesia, konsep 'kedaulatan rakyatt dan bukan kedaulatan raja tidak disebutkan dalam garis besar PKM. 

Namun demikian lima prinsip ideologi negara Republik Indonesia, iaitu Pancasila, telah diterima dalam bentuk:     

1. Kepercayaan kepada Tuhan 

2. Kebangsaan. 

3. Demokrasi.     

4. Persahabatan Sejagat. 


Keteguhan Pergaulan. 20Penerimaan PKMM terhadap Malayan Union hanya pada peringkat awalnya sahaja iaitu untuk memperjuangkan kemasukan Singapura ke dalam satu kesatuan Malaya. Sesuai dengan pendiriannya yang menganggap Malaya sebagai milik orang Melayu, iajuga mensyaratkan bahawa bahasa Melayu selain Inggeris mestilah dijadikan kelayakan untuk kewarganegaraan bagi bukan bangsa rumpun Melayu. 

Tetapi, menjelang pertengahan 1946 apabila wujud UMNO gerakan kebangsaanyang dipelopori UMNO ternyata telah mengugat kedudukan PKMM. Konflik nasionalis yang berhaluan kiri mulai meletus apabila Dato Onn terang-terang menyindir strategi dan cara perjuangan P KMM dan badan-badan yang bergabung dengannya seperti API.
UMNO telah berjaya menggembleng orang Melayu untuk menentang Malayan Union. Hasilnya, British menukar dasarnya dengan menarik balik gagasan Malayan Union dan menggantikannya dengan gagasan Persekutuan. Langkah British ini mendapat reaksi yang sangat hebat dari badan-badan kiri bangsa-bangsa bukan Melayu yang menganggap perlembagaan Persekutuan yang bakal diperkenalkan itu sebagai sesuatu yang retrogresif, pro-Melayu dan justeru itu merugikan mereka. Badan-badan ini, yang terdiri daripada Malayan Democratic Union, Persatuan Cina Negeri Selat British, Persekutuan Kesatuan Sekerja Se Malaya dan beberapa pertubuhan perkauman Cina, belia dan sewanita, atas dorongan PKM, telah menubuhkan Pan Malayan Council of Joint Action dengan dipengerusikan oleh Tan Cheng Lock.


Partai Komunis Malaya yang melihat bahawa sebuah Malaya yang tidak disertai oleh Singapura akan menghambat kemajuannya untuk mewujudkan sebuah negara komunis Malaya yang bersatu telah memberikan sokongan kepada PMCJ A. P KMM yang juga melihat bahawa Malaya yang tidak memasukkan Singapura adalah bertentangan dengan dasar perjuangannya telah menubuhkan PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat) 21 pada 22 Februari 1947 untuk menjalin kerjasama dengan PMCJA dalam penentangan terhadap gagasan Persekutuan.

 PMCJA yang bertukar nama menj adi All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) dalam bulan Ogos 1947 menerima sokongan yang hangat daripada badan-badan seperti Dewan Perniagaan Cina di Singapura dan di Semenanjung. Perikatan PUTERA-AMCJA telah memulaukan Jawatankuasa Perundingan yang diwujudkan oleh British. Badan itujuga menolak perlembagaan Persekutuan yang dirangka oleh British. Dalam bulan April 1947 PUTERA-AMCJA menggubal perlembagaan yang dinamakan 'Perlembagaan Rakyat' sebagai ganti kepada perlembagaan Persekutuan yang ditentangnya. 

Terdapat 10 prinsip yang diajukan:     

ii.     Malaya bersatu termasuk Singapura.    

ii .     Malaya adalah negara Melayu.

iii.     Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Malaya.

iv.     Satu bendera dan satu lagu kebangsaan bagi Malaya. Kerajaan Pusat dan Majlis Negeri yang dipilih oleh rakyat. 

vi. Kembalikan kedaulatan sebenar para Sultan yang diletakkan di dalam tangan rakyat.     

vii.     Memajukan ekonomi, politik dan pendidikan orang Melayu.

viii. Agama Islam dan adat-istiadat Melayu di bawah kawalan orang Melayu sepenuhnya.

ix.  Hak warganegaraan yang sarna dan tanggungjawab semua yang menjadikan Malaya tanahairnya dan tumpuan taat setianya.

x.     Pertahanan dan Hal-Ehwal luar negeri di bawah kawalan bersama sementara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Baginda Raja Inggeris. 

Terdapat dua perkara yang ditekankan oleh Perlembagaan Rakyat iaitu mengenai kewarganegaraan yang sepenuhnya dan rupabangsa yang bernama ' Mlelayu' dan kedaulatan rakyat yang diselindungan di bawah  kedaulatan Sultan'.
Perlembagaan Rakyat yang dikemukakan Oleh PUTERA-AMCJA, walau bagaimanapun tidak diendahkan oleh British. Dengan kerjasama yang diberikan Oleh U MNO dan raja-raja Melayu, British telah melaksanakan Persekutuan Tanah Melayu pada I Februari 1948.


Gagalnya usaha PUTERA bersama AMCJAjelas membayangkan masalah kebangsaan dan gagasan Melayu Raya yang diperjuangkan oleh PKMM tidak mendapat sokongan dari sebahagian besar penduduk Malaya. Menjelang pertengahan 1948 gabungan AMCJA-PUTERA pun retak. Malayan Democratic Union «vang menganggotai AMCJA telah mengisystiharkan pembubarannya. - Pan-Malayan Federation ofTrade Unionsjuga tiada lagi membuat agitasi. Pada waktu itu PKMM dipimpin oleh Ishak Haji Muhammad, yang mengambil tempat Dr. Burhanuddin. Dr. Burhanuddin kini hanya menjadi Penasihat dan pada pertengahan 1948 dia mengelilingi Tanah Melayu memberikan syarahan untuk terus menyalakan semangat anti-imperialis dan kebangsaan Melayu di kalangan pengikut PKMM yang semakin merosot bilangannya. Burhanuddinjuga sedar bahawa PKMM sudah diresapi oleh komunis dan beliau mengutuk komunisme dalam ceramahnya. 24 Di pihak Parti Komunis Malaya pun timbul kekecewaan terhadap P K MM lantaran disebalik segala usaha yang dijalankan untuk mengindoktrinasi fahaman komunis di kalangan orang Melayu melalui PKMM ternyata PKMM secara menyeluruh tidak termakan Oleh dakyah komunis.


Walau bagaimanapun, pada pertengahan tahun 1948 perisik British mulai menghidu jejak PKMM cuba mengembangkan sayapnya ke Sabah. Ada tanda-tanda bahawa PKMM telah membinajaringan dengan Parti Kebangsaan Melayu di Labuan dan bercadang menghantar Pengerusinya Ishak Haji Muhammad atau seorang pemimpin kanan ke Labuan. 

Sebenarnya di Sabah pada waktu itu gerakan Partai Kebangsaan Melayu telahpun wujud di bawah pimpinan seorang yang bernama Tengku Noordin. Apakah gerakan ini berkesan sukar ditentukan. Tetapi kewujudannya jelas menunjukkan bahawa aspirasi PKMM mengenai sebuah 'Malayesia' memang dikongsi oleh pihak lain, sekurang-kurangnya orang Labuan. Tengku Nordin dilaporkan sangat giat menyebarkan idea-idea Partai Kebangsaan Melayu Malaya di kalangan ahli-ahlinya di Borneo Utara. Noordin dikatakan bersahabat dengan seorang Brunei yang bernama Mohamed Zohdi yang pada tahun 1948 berada di Labuan. Seorang anggota PKMM yang bernama Zainal Abidin bin Osman yang juga memegang jawatan Presiden Sekutu Persatuan Indonesia Merdeka dilaporkan bekerja di Syarikat Shell di Brunei. Perisik British mensyakki kemungkinan Zainal Abidin berpadu tenaga dengan Tengku Noordin untuk mengembangkan gerakan PKMM di Borneo Utara. Selain itu, PKMM juga mempunyai cawangan di Keningau dalam tahun 1948.


Tahun-tahun 1949 dan 50 menunjukkan kemerosotan gerakan kebangsaan Melayu seperti yang dirintis oleh P KNIM. Tangkap menangkap yang berlaku terhadap orang-orang P KMM di dalam pertubuhan-pertubuhan yang dinaunginya melemahkan pergerakannya. Ramai para pemimpinnya juga berada di dalam penjara. Boestamam, Ishak Haji Mohamad dan beberapa orang kiri yang lain tidak dapat memberikan kepimpinan lagi. Akhirnya semangat menentang terhadap penjajah seperti yang tercetus dalam peristiwa rusuhan Natrah tahun lima puluhan itu tidak membuahkan apa-apa hasil. Di manakah letak punca kegagalan PKMM?


Sebagai penutup barangkali wajar difikirkan kenapakah gerakan PKMM ini gagal merealisasikan konsep  Kebangsaan Melayu' dan citacita Melayu Rayanya? Untuk menjawabnya barangkali kita harus memahami keadaan masyarakat Melayu yang masih bertumpu kepada identiti Raja yang bererti struktur feudal masyarakat Melayu itu tidak mungkin dapat menerima konsep kesetiaan kepada sebuah konsep Nusantara yang tidak jelas.

Sekalipun orang-orang seperti Yamin menyetujui asas etnik rumpun Melayu sebagai landasan pembentukan negara bangsa Indonesia, namun di kalangan orang-orang PKMM yang mewarisi perjuangan KMM, konsep Melayu Raya hanyalah suatu jalan keluar yang segera untuk menyelesaikan masalah pembanjiran bangsabangsa asing yang menurut pandangan Tan Malaka, t mendesak bangsa bumiputera ke gunung-gunung'. Tan Malaka sejak pada tahun 1926 lagi telah mengungkapkan pandangan yang diutarakan oleh Dr. Burhanuddin. Tetapi realiti yang ada perbezaan etniknya amat menonjol amat sukar bagi gerakan kebangsaan yang serba miskin baik dari segi kewangan mahupun kepepimpinannya untuk merealisasikan cita-cita menubuhkan semula pemerintahan 'Melayu' yang berilhamkan kegemilangan Sriwijaya dan Majapahit.


Latar belakang sosial orang-orang PKMM yang berpangkal di desa, memang memungkinkan para pemimpin PKMM itu menyebarkan pengaruhnya di kawasan luar bandar dengan mudah. Tetapi pengalaman masa Jepun yang menunjukkan kelompok elit dari kalangan desa dan bersekolah Melayu dan agama telah menelurkan konflik yang terpendam antara golongan ini dengan golongan bangsawan Melayu yang lebih berpendidikan dan lebih halus dan canggih menghadapi politik kolonial British.


Menjelang 1947 perisik Inggeris menganggarkan bilangan anggota PKMM seramai sekitar 70 ribu. Kebanyakan daripada pemimpin mereka terdiri daripada mereka yang berketurunan Minangkabau. Walaupun PKMM mempunyai cawangan di setiap negeri namun ada beberapa daerah tertentu yang nampaknya menjadi kubu keradikalan pertubuhan itu. Tempat-tempat itu ialah daerah Ulu Langat, Jenderam dan Kajang di Selangor, Temerloh terutama, Lubuk Kawah, di Pahang dan Alor Gajah dan Kesang di Melaka. Di tempat-tempat ini gerakan PKMM telah dapat diseludupi oleh orang komunis yang walaupun di antara mereka itu ada yang berjiwa kebangsaan tetapi latar belakang pendidikan mereka yang rendah tidak memungkinkan mereka melihat muslihat politik penjajahan dengan pandangan yang lebih luas dan penyediaan strategi yang lebih ampuh. 

Resapan pengaruh komunis ini menyulitkan pemimpin yang nasionalis tulen mengawal perjalanan PKMM atas landasan perjuangan sebenarnya. Akhir sekali, walaupun gagasan Melayu Raya itu cocok dengan wawasan Indonesia Raya, tetapi Republik Indonesia yang baru dilahirkan itu sendiri sedang bergelut menghadapi pelbagai masalah sebelum akhir tahun 1949 kerana wilayah-wilayahnya masih dijajah oleh Belanda. Perjuangan menjaga kemerdekaan yang baru dirampas pada tahun 1945 itu tidak memungkinkan pemimpin-pemimpin Republik memberikan perhatian untuk membantu perjuangan PKMM dalam merealisasikan wawasan Nusantaranya.


RINGKASAN PERJALANAN

Pada 17 Oktober dalam tahun 1945,1 Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) telah ditubuhkan. Parti ini lahir dari ruangan  Jabatan Pengarang dan pentadbiran akhbar Suara Rakyat menjadikan ia parti politik Melayu yang  pertama ditubuhkan selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu.2PKMM diasaskan olch Mokhtaruddin Lasso. Datam pucuk pimpinan awal parti itu, beliau telah dilantik menjadi Yang Dipertua. Lain-lain anggota yang dilantik ialah:-Naib Yang Dipertua - Dr. Burhanuddin HilmySetiausaha - Dahari AliBendahari - Arshad AshaariAhli Jawatankuasa - Ahmad BoestamamMatlamat utama perjuangan PKMM ialah menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris. PKMM juga berusaha mengatasi masalah orang Melayu di segi pelajaran, sosial dan ekonomi serta kebebasan mencetak dan bersuara.3Sebulan selepas kelahirannya, PKMM telah menubuhkan cawangannya di beberapa buah negeri iaitu di Pulau Pinang, Perlis, Selangor, Perak, Melaka dan Singapura. PKMM menyebarkan pengaruhnya melalui akhbar-akhbar hariannya iaitu Suara Rakyat, Pelita Malaya dan Semboyan Baharu dan terbitan bulanan iaitu majalah Berjuang dan "Voice of the People".Bagaimanapun pengaruh PKMM tidak kekal lama. Antara sebab utamanya ialah kemunculan UMNO, parti yang lebih diyakini oleh orang-orang Melayu untuk memperjuangkan nasib mereka. Sebab-sebab lain ialah penentangan PKMM terhadap UMNO dan Perjanjian Persekutuan 1948. Perjuangan PKMM dianggap oleh Inggeris sebagai 'berbau' komunis dan dengan itu beberapa orang pemimpinnya telah ditangkap serta dipenjarakan.Akhirnya PKMM telah diharamkan oteh pihak berkuasa dan dengan itu tamatlah riwayat parti politik Melayu yang pertama selepas pendudukan Jepun itu.

 DR BURHANUDDIN HELMI
Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris. PKMM juga berusaha mengatasi masalah orang Melayu di segi pelajaran, sosial dan ekonomi serta kebebasan mencetak dan bersuara[3].
PKMM mempunyai dua cawangan pemuda dan pemudi iaitu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang dipimpin oleh Ahmad Boestamam, dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang dipimpin oleh Shamsiah Fakeh. 
Dr Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan Kesatuan Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utama PKMM. Pada dasarnya perjuangan PKMM adalah didorong oleh keazaman untuk mendapatkan kemerdekaan penuh dari Britain. PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.
PKMM telah berkembang pesat dan digabungkan dengan pelbagai pertubuhan yang menjadi tulang belakang dan penggerak di seluruh Malaya, antaranya:
1. API (Angkatan Pemuda Insaf). Dibawah pimpinan Ahmad Boestamam. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP UMNO Dato Onn Jaafar.
2. AWAS (Angkata Wanita Sedar). Diketuai oleh Samsiah Fakeh. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP UMNO, Onn Jaafar.
3. BTM -Barisan Tani Malaya (BATAS). Ditubuhkan pada 7 Julai 1947 di Kajang. Ketuanya ialah Musa Ahmad. Setiausaha disandang oleh Abas manakala Mokhtar sebagai bendahari dan Kadir menjadi ketua bahagian propaganda. Pimpinan Negeri ialah Mokhtar – Kedah, Selangor – Musa Ahmad, Pahang – Abas, Johar – Kadir dan Negeri Sembilan – Ibrahim Baba.
4. Jabatan Kerja Melayu (JKM). Didirikan pada awal tahun 1946. Diketuai oleh Alimin, Setiausaha oleh Abdullah CD dan merangkap ketua bahagian selatan. Bahagian utara oleh Rashid Maidin dan bahagian timur oleh Kamaruzaman Teh.
5. Hizbul Muslimin. Ditubuhkan pada 17 Mac 1948. Tokoh yang terlibat ialah Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Ustaz Abdul Rab, Dr Burhanuddin Al Helmy dan Kiayai Masyur Azahari. Pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar mengharamkan Hizbul Muslimin yang dianggap ‘Parti Islam Merah’ dan merupakan ‘bahaya dari gunung’ kepada mereka.
6. GERAM -Gerakan Angkatan Muda. Pimpinan Abd Aziz Ishak dan A Samad Ismail.
7. Kesatuan Buruh Melayu SeMalaya. Ditubuh pada tahun 1946 di bawah pimpinan Abdullah CD. Dipanjangkan penubuhan ke negeri-negeri pada 1947.
8. Pan Malayan Federation of Trade Union (PMFTU). Gerakan buruh berbagai kaum. Pada 1947, kongres telah memilih Ganapathy sebagai Pesiden, Abdullah CD sebagai Naib Presiden dan Chen Lu sebagai Setiausaha.
9. Kesatuan Opera Melayu.
10. Persatuan Pemandu Teksi.
11. PETA -Pembela Tanah Air. Ditubuhkan apabila KMM diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.
12. Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya (MATA). Pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.

HARTAL telah berlangsung pada 16 September, 1947 yang telah mencatatkan sejarah satu mogok umum, di mana pada hari tersebut, satu aktiviti pun tidak dilakukan oleh seluruh rakyat Malaya.
Perjuangan PKMM dianggap oleh Inggeris sebagai 'berbau' komunis dan dengan itu beberapa orang pemimpinnya telah ditangkap serta dipenjarakan. Akhirnya pada 18 Jun 1948[4], PKMM (dan beberapa parti lain) telah diharamkan apabila darurat diisytiharkan oleh pihak berkuasa British dengan persetujuan Yang Dipertua UMNO, Dato' Onn Jaafar.

Comments
* The email will not be published on the website.