20 Feb
20Feb

π‘·π’π’π’Šπ’”π‘²π‘³, 18 Februari 2025 - YDH CP Dato' Rusdi bin Mohd Isa, Ketua Polis Kuala Lumpur, telah menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), YBhg. Dato’ Nadzim Johan @ Toqqi, di Bilik Kunjungan Hormat, Tingkat 12, Menara A, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Turut hadir dalam pertemuan ini ialah YDH DCP Dato' Azry Akmar bin Dato’ Hj. Ayob, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur; YDH SAC Ravindar Singh a/l Sarban Singh, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Polis Kuala Lumpur; YDH ACP Kamarulzaman bin Md Alib, Timbalan Ketua Cawangan Khas (Risikan / Operasi) Polis Kuala Lumpur; YDH ACP Fauzi bin Mohd Yusof, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan / Operasi) Polis Kuala Lumpur; dan YDH Supt. Nor Huda binti Salam, Pegawai Turus Perkhidmatan Perjawatan, Jabatan Pengurusan Polis Kuala Lumpur.

Dari pihak PPIM, kunjungan ini turut disertai oleh YBhg. Puan Gulab Jan, Pegawai PPIM; serta barisan peguam PPIM, YBhg. Peguam Nadia Abd Aziz, YBhg. Peguam Shahrin Satheer, dan YBhg. Peguam Jeff Jufliz Faiza.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk menjalin hubungan baik serta mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua pihak.

#jomlikefbPolisKL #kunjunganhormat #18febuari2025

Artikel oleh: Polis KL (Facebook)

KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM)

https://www.facebook.com/share/p/161RCHuCXG

Comments
* The email will not be published on the website.