02 Dec
02Dec

SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengemukakan beberapa cadangan penting untuk dipertimbangkan termasuklah menyarankan bank membuat semakan dengan pihak kedua bagi memastikan hak pengguna lebih dilindungi dari penipuan kewangan atau scammer.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, terlalu mudah scammer mengambil kesempatan ke atas pengguna khususnya warga emas melalui penipuan dalam talian hingga ada individu mengalami kerugian mencecah RM70,000 hanya dalam tempoh beberapa minit.

Menurutnya, antara saranan PPIM, bank dicadangkan memeriksa kesahihan dengan pihak kedua, misalnya dari anak pendeposit sebelum membenarkan sebarang transaksi wang.

“Jadi, sepatutnya (bank) kena ada syarat apabila hendak mengeluarkan wang secara tunai di bank (dan sebagainya), maka hubungi (pihak kedua) untuk sahkan betul ataupun tidak.

“Bagaimanapun, (ketika) ini tiada panggilan mengesahkan (dengan) orang kedua apabila (terdapat pengeluaran) jumlah (wang) tertentu. Jadi, ini dilihat sebagai tanggungjawab bank dan mungkin kena ambil insurans juga,” katanya kepada Sinar Ahad.

Nadzim memaklumkan, ada juga kes penipuan kewangan berlaku melibatkan nilai kerugian jutaan ringgit tanpa perlu berjumpa dengan pendeposit.

itu, Nadzim mencadangkan, bank menetapkan tempoh masa tertentu untuk sesuatu proses permohonan pengeluaran wang terutamanya melibatkan jumlah yang banyak.

“Bank perlu ada (tempoh masa) kerana ada (kes) penipuan yang (scammer) suruh pengguna buat (transaksi wang) serta-merta.

“Apabila kena buat serta-merta, orang tua ini (berasa) takut (dan) terus pergi membuat transaksi. Jadi, perlu ada tempoh masa sejam atau sebagainya, tidak boleh terlalu segera,” ujar Nadzim.

Laporan Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata, ketetapan itu membolehkan pendeposit membuat semakan dengan anak, pejabat atau mana-mana pihak berkaitan terlebih dahulu.

“Ketetapan ini bank yang kena buat sebab tugas mereka menjaga wang (pendeposit),” katanya.

Menurut Nadzim, pihak bank perlu memperkukuh lagi prosedur operasi standard (SOP walaupun wang dalam bank adalah milik pendeposit

Tambahnya, bank juga perlu memastikan SOP transaksi kewangan yang ingin dilaksanakan itu masuk akal.

Beliau berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pula disarankan mengetatkan lagi syarat kepada syarikat telco supaya bertanggungjawab mendaftar talian mengikut prosedur yang betul, dan bukan hanya setakat data.

Nadzim berpandangan, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing supaya hak pengguna yang ditipu lebih dilindungi.

Pada masa sama katanya, pihak bank perlu memberikan pendidikan secara berterusan kepada pengguna supaya mereka tidak mudah dijerat oleh scammer.

Dalam pada itu Nadzim memaklumkan, pihaknya sentiasa menerima laporan berkaitan penipuan yang melibatkan pelbagai kes khususnya kewangan.

Artikel oleh: Sinar Ahad

PPIM KEMUKA SYOR LINDUNGI PENGGUNA - SINAR AHAD - 01/12/2024

https://www.sinarharian.com.my/article/699692/berita/laporan-khas/ppim-kemuka-syor-lindungi-pengguna

Comments
* The email will not be published on the website.