Edisi Khas

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Bersama Kembalikan Hak dan Maruah Dengan Bijaksana


Jemputan menjadi ahli

GERAKAN SUKARELAWAN RAKYAT MALAYSIA


Sekretariat :

Gerakan Sukarelawan Rakyat (GSR)

Civil Defence Response Team PPIM (CDERT-PPIM)

GTZSPPZ-PPIM

Wasap : 019-6655544

Dapatkan harga gudang bagi barangan terpilih.
"Pengguna Bijak Pengguna Bermaruah"

dibawakan oleh :
- Gerakkan Sukarelawan Rakyat -
- Pertubuhan Komuniti Sokong Peniaga Pembayar Zakat (SPPZ) PPIM - 

BORANG GSRM

Sila lengkapkan borang dan email kepada consumerating@gmail.com

Tabung Palestin merupakan kempen yang dilancarkan oleh PPIM bersama komuniti Acheh Malaysia yang bertujuan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai dalam menderma melalui tabung fizikal. Kini, dengan inisiatif lebih mudah, kami menyediakan platform lebih pantas untuk diakses di sini

PEDULIPALESTIN - PALESTIN KEMBALI DISERANG
Jangan biarkan saudara-saudara kita di sana berterusan teranaiya!

Di Palestin, sekarang ini rumah-rumah dan bangunan termasuk hospital musnah di bom. Anak-anak menjadi yatim hilang keluarga dan di ancam maut. Adakah anda peduli dengan nasib saudara-saudara kita di Palestin?

Kami membuka lagi peluang buat para dermawan untuk berinfak sambil membela nasib Palestin sekali gus memberi semangat buat mereka agar terus melindungi Al-Aqsa dan bumi Palestin.


TABUNG KEBAJIKAN image
 (3)IKLAN USAHAWAN image (3)IKLAN USAHAWAN image (3)IKLAN USAHAWAN image
TINGKATKAN "ENGAGEMENT" PENGIKLANAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN ANDA.

Anda dipelawa mengiklankan perniagaan atau organisasi anda bersama media dan buletin kami.

HUBUNGI SEGERA
019-6655544 (IZHAM NAYAN)
PENUBUHAN
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.

Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.

Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.

Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.

Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.

Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.

VISI
Menjadi tunggak utama dalam perjuangan hak dan pembangunan pengguna Islam.

MISI
Melaksanakan tuntutan fardhu kifayah yang membabitkan kepentingan pengguna Islam melalui tindakan proaktif dan berstrategi.

STRATEGI PERLAKSANAAN
1. Mendidik pengguna agar bertanggungjawab dan mengetahui hak melalui kempen kesedaran dan aktiviti kemasyarakatan.
2. Mengukuhkan silaturrahim & kerjasama strategik sesama Islam agar pengguna Islam bersatu dan tidak diperlekehkan.
3. Melahirkan golongan pengguna yang bijak, bertanggungjawab dan berani menegakkan kebenaran.
4. Menyediakan bantuan dalam penyelesaikan isu yang menjejaskan hak dan kesejahteraan pengguna.
5. Memperkasakan keupayaan dan kemahiran organisasi bagi meningkatkan kecekapan dan pencapaian.
6. Memantau pembangunan sosio-ekonomi agar tidak bercanggah dengan ketetapan Islam.
(6)PROFIL image(6)PROFIL image
LOGO GSR image

GABUNGAN SUKARELAWAN RAKYAT (GSR) - CIVIL DEFENSE RESPONSE TEAM (CDERT)- PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM)

GSRM selaku koordinator bagi Gabungan NGO Malaysia telah melaksanakan misi sukarelawan bagi melaksanakan kerja-kerja sukarelawan seperti melakukan kerja-kerja kebajikan umpamanya kerja-kerja kesedaran masyarakat seperti membela rakyat, boikot zionis, keperihatinan terhadap alam sekitar, agenda agama, bangsa dan negara. Prihatin terhadap mangsa banjir, menjaga kawasan kejiranan dan membantu golongan kurang upaya atau pesakit.

Usaha murni ini merupakan platfom terbaik dalam memecahkan tembok dan juga merapatkan jurang di antara kerajaan, NGO dan masyarakat.

Beberapa kategori ahli disediakan bagi menjadi pilihan kepada bakal-bakal sukarelawan menepati skil dan professionalisma masing-masing.

Antara faedah yang diperoleh oleh individu yang menyertai pertubuhan sukarela bersama kami.
1. Pengisian masa terluang dengan aktiviti-aktiviti berfaedah seperti melakukan kerja-kerja membantu mangsa banjir di pusat pemindahan banjir. Ia mampu meningkatkan “Self Satisfaction” kepada peserta sebagai perjuangan mencapai matlamat kejiwaan dalam diri.
2. Dapat menambahkan pengetahuan dalam perjuangan menegakkan agenda ummah.
3. Dapat meningkatkan skil pengetahuan kecemasan seperti teknik menyelamat mangsa dan ilmu pertolongan cemas. Pengetahuan ini dapat menjadi bekalan kepada mereka untuk menghadapi kehidupan pada masa depan.
4. Memperolehi pendedahan sebenar tentang isu-isu semasa terus dari mangsa dan mereka yang terlibat langsung terhadap sesuatu peristiwa.
5. Sentiasa dapat menjadi medium kepada seseorang individu untuk memperoleh pengetahuan baharu dalam hidup mereka.
6. Dapat menjadi platform untuk memupuk nilai-nilai murni seperti baik hati, keikhlasan dan semangat bermasyarakat.
7. Para belia pula dapat menimba pengalaman dan pengetahuan.
8. Aktiviti bersama kami juga diyakini akan meningkatkan tahap kesihatan minda yang lebih baik kerana banyak assignment yang memerlukan kebolehan Analisa dan Tindakan Penyelesaian Krisis.
9. Aktiviti bersama kami juga memerlukan pergerakan fizikal yang aktif yang mana ia dapat meningkatkan kesihatan fizikal dan psikologi. Badan yang cergas dapat membentuk otak yang cerdas.
10. Mengukuhkan jaringan sosial sukarelawan antaranya melalui Kerjasama NGO, bantuan tenaga, perkongsian ilmu dan pemindahan teknologi.
11. Kami memiliki jaringan professional yang mantap menerusi pelbagai rakan professional pakar yang bersama dalam rangkaian NGO TASK FORCE ini. Aktiviti-aktiviti tersebut merupakan “lubuk” terbaik bagi sukarelawan menimba pengalaman secara terus daripada pakar-pakar dan juga profesional dari industri.
12. Khidmat nasihat dari pakar-pakar rujuk pelbagai bidang.

Dengan penyertaan yang aktif ini, diharapkan rakyat Malaysia yang memiliki nilai murni yang mulia akan dapat dilahirkan dalam usaha mewujudkan masyarakat yang lebih aktif dan bijak bertindakbalas terhadap isu-isu semasa.

Semua pihak perlu memainkan peranan dalam usaha memperluaskan kegiatan kesukarelawan menerusi TASK FORCE ini. Transformasi minda secara konsisten dengan menyediakan ruang dan peluang yang luas bersama perjuangan badan-badan bukan kerajaan serta komuniti adalah diperlukan dalam memastikan nilai jatidiri inidapat diteruskan oleh generasi kini dan akan datang secara mampan.

DAFTARLAH SEGERA BERSAMA DALAM PERJUANGAN KAMI
Pertanyaan: Tel : 019-6655 544


Laporan Ahli

Maklumat Awam

Cadangan

RM25

Donation Amount

PEGANGAN 10 PASAK AMALAN MEMBENTUK AKHLAK ORANG BERJAYA

1.   SENTIASA MENCARI KEBERKATAN 
(Banyak Tiada Membazir, Sedikit pun Mencukupi)

2.   SANGGUP BERKORBAN WALAU TERPAKSA BENGKOK KE BELAKANG  
(Tiru bangsa-bangsa yang berjaya, pengorbanan mereka luar biasa)

3.   MENGHARGAI 
(Kenang jasa orang-orang yang pernah membantu kita)

4.   BERDOA UNTUK ORANG LAIN 
(Suatu amalan limpah rezeki yang jarang diamalkan)

5.   MEMBERI YANG TERBAIK 
(Suatu cara hidup yang bermaruah, umpama ajaran mak ayah yang cukup baik)

6.   BERAGENDA & MERANCANG 
(Musuh menang kerana mereka tiada henti merancang dan beragenda)

7.   BERUSAHA, TAWAKAL, TAQWA DAN YAKIN 
(Merupakan kekuatan iman bagi orang yang percaya janji Allah adalah pasti)

8.   MENGIKUT ARAHAN 
(Dengar betul-betul arahan dan Patuh dengan Ketaatan walau arahan kecil)

9.        MENYENANGKAN ORANG LAIN 
(Jangan tangguh kerja membantu orang yang memerlukan, Allah memerhati)

10.      MENCARI PERSAMAAN SESAMA KITA 
(Elakkan perpecahan berlarutan yang membawa kelemahan & kehancuran)



Contoh Langkah AGENDA KITA 33 Senarai Kategori Produk Muslim | # BMF Kempen  Sokong Beli  Produk Muslim
 
1 .PASARAYA  
1. Pasaraya Ikhwan
2. Pasaraya Mydin
3. Runcit Az-Zain
4. Runcit SRM
5. Runcit Kohalal
6. Runcit Halal Mart
7. MyMart (Mydin Own )

2. BERAS 
1. Beras Nasional Bernas
2. Beras dari syarikat Faiza
3. Beras dari syarikat Era Bayam
4. Beras Dari syarikat Era Bernas
5. Beras syarikat YHL holding
6. Beras Juara
7. Beras Cap Langsat
8. bERAS hARAIAN

3. MINYAK MASAK 
1. Saji ( Felda )
2. Tiara ( Felda )
3. Alif ( Sime Darby )
4. Olife ( Sime Darby )
5. Adela Sunflower / Canola
6. Cap Tiga Udang ( jenis paket )
7.K Desa

4. SUSU MANIS  
1. Saji susu pekat / Cair ( Felda )
2. Alif susu pekat / Cair

5. GULA  
1. Gula kasar / Halus / Merah / Aising / Kastor cap CSR
2. Gula kasar / Halus cap GPT
3. Gula Perlis ( KGFP ) 4. Gula kasar /halus Cap Krystal

6. GARAM  
1. Garam Faiza
2. Halagel HPA
3. Tamin
4. Coop 1 Malaysia
5. Gu Awa 593
6. Nevgel
7. Himalaya Sandora
8. Adabi

7. SARDIN  
1. Sardin Viral
2. Pertima
3. Agromas ( Fama )
4. HPA
5. Classfoods Sardin Mackerel
6. Adabi

8. TEPUNG GANDUM  
1. Faiza
2. Cap Bidara
3. HPA
4. Tepung goreng serbaguna Agromas
5. Tepung goreng serbaguna Adabi

9. KOPI  
1. Hang Tuah
2. Orang Kampung Long Jack
3. Radix HPA
4. Agromas ( Fama )
5. Anggerik ( Fama )
6. Cap Gantang
7. Arshad
8. E-man Cafe
9. Che Nah
10. Mudim
11. Dua Daun

10. KORDIAL & AIR TIN  
1. Adabi
2. Jalen
3. Radix HPA
4. Air Tin Vege
5. Air Tin Orang Kampung Long Jack
6. Safina Jus Minuman

11. MARJERIN, JEM, BUTTER, KAYA  
1. Sunbear peanut butter / chunky / chocolate / ( Felda )
2. Kaya Pandan Gardenia
3. Agromas Kaya ( Fama )
4. Adela Marjerin
5. Pelangi Marjerin
6. Super Creamlite Marjerin
7. Palm 365 Marjerin
8. Mariana marjerin

12. MAKANAN BEKU 
1. Ramly
2. Enna
3. Azmy
4. Ayamas
5. Az - Zain
6. Pau Kart's Food
7. Iwani Frozen Food
8. Eenaki
9. Murtabak Raja
10. Zoul Pizza
11. Ayam Sufi
12. Sawari
13. Akmal

13. MAYONIS 
1. Saji Mayo

14. TELUR 
1. Jazmina Plus
2. Telur Cap Tesco ( Sime Darby )

15. REMPAH RATUS, PERENCAH, SUP 
1. Brahim's
2. Rasa Bonda
3. Mak Siti
4. Faiza
5. Cap O
6. Agromas ( Fama )
7. Ihsan & Son
8. Peladang
9. Puteri Ayu
10. One
11. Sherwan
12. HPA
13. Sernan
14. Supergh
15. Aween
16. Suri
17. Iman's
18. Cap Bunga Ros
19. SY Foods
20. Seri Tanjung
21. Adabi
22. Al - Waqiah Sup Bunjut

16. KICAP, SOS, CUKA 
1. Faiza
2. Cap Kipas Udang Hablal's
3. Jalen
4. Mudim
5. Agromas ( Fama )
6. Tamin
7. Bumi Hijau
8. Aminah Hassan
9. Sos Tiram Alif ( Sime Darby )

17. MEE SEGERA  
1. Saji Mee ( Felda )
2. Agromas ( Fama )
3. Bihun segera Faiza
4. Adabi

18. BIHUN 
1. Faiza
2. HPA
3. Jasmine
4. Era

19. ROTI  
1. Gardenia
2. Federal

20. KETUPAT NASI 
1. Faiza
2. Adabi

21. UBAT BATUK  
1. Gamat Nusantara
2. Gamat Sireh Lagenda
3. Herba Orang Kampung
4. Herba HPA Madulia
5. Asmakur
6. Faizol

22. LASAGNA, PIE, PIZZA  1. Thalia

23. SUSU TEPUNG  
1. Susu Ilham
2. Susu Iqra Milk ( biasa dan coklat )
3. Susu Krim Halib's
4. Susu Halib;s ( cocoa, gold, fruitti, prebiotik )
5. Susu Khadim 6. E-man coco milo
7. Cocoa gold hot chocolate
8. Hi- goat HR susu
9. Chocomalt ( pengganti milo )
10. Biomil
11. Sawanah

24. MAKANAN RINGAN, BISKUT & DADIH  
1. Agromas Chips ( Fama )
2. Gula - gula hacks
3. Yess Dadih
4. Noraini's Cookies

25. UBAT GIGI  
1. Halagel HPA
2. Herbal HPA
3. Najwa
4. Mu'min
5. Miswakgel

26. BARANG PENJAGAAN DIRI  
1. Secret Garden
2. Simply Siti
3. D'Herbs
4. Beauty Umaira
5. Nurraysa
6. SF Beauty
7. Dinar's Skin Care
8. Walit Set
9. Meeracles Beauty
10. DCR

27. BARANGAN PENCUCI  
1. Bio Sinar pencuci baju
2. Uzai Toilet Bowl
3. Uzai Softener
4. Uzai pencuci pinggan

28. MAKANAN KUCING 
1. Vita cat ( halal )
2. Misha Meow meow

29. KEDAI BUKU & PRINTING  
1. MPH book store

30. PETROL/DIESEL 
1. Petronas

31. FASTFOOD / RESTORAN 

  1. Burger King ( Milik Ekuinas )
  2. Poppeyes ( milik Ekuinas )
  3. San Francisso ( milik Ekuinas )
  4. Tutti Frutti Ice Cream ( milik Naza )
  5. Ramly Burger
  6. Otai Burger
  7. 1901 Hot Dog Fast Food
  8. Burger Bakar Abang Burn
  9. Burger Bakar Kaw Kaw
  10. Umai Kopitiam ( negeri sembilan )
  11. Pak Tam Kopitiam ( Negeri sembilan )
  12. Manjung Kopitiam ( Perak )
  13. D'Impian Kopitiam ( Johor )
  14. Mai Kopitiam ( Kedah )
  15. Ayamas
  16. The loaf
  17. Sate Kajang
  • 33D-3-1, Tingkat 3, Kondominium Villa Puteri, Jalan Tun Ismail. Kuala Lumpur.
  • 50480

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Unit Komersial 33D-3-1, Tingkat 3, Kondominium Villa Puteri, Jalan Tun Ismail. 50480 Kuala Lumpur. Tel: +6019-6655544 / +603-40503055